Salam! Baiklah ini adalah tutorial tumblr bahagian dua, setelah diterangkan cara create a post satu persatu di bahagian pertama sebelum ini [Klik Sini].Kali ini Anem share sikit cara mengedit atau memahami fungsi customize pada tumblr – untuk ubah theme, letak nama blog,atau edit apa saja. Sangat berguna pada yang baru berjinak-jinak dengan Tumblr!
[Klik gambar jika tidak jelas ? untuklebih besar]
Mula-mula kita klik pada customize di bahagian Dashboard dulu.
Di bahagian customize, kita akan lihat antaramuka [interface / rupabentuk] macam ini.
Di bahagian pertama, klik pada INFO : kita boleh buat tajuk blog, nama blog serta taip tentang diri kita di sini :)
Di bahagia kedua :THEME – Banyak tema free: tempat untuk ubah rupabentuk / layout- nak letak berapa column,atau masukkan iklan di css/html codenya.
Di bahagian ketiga :APPEARANCE : Mahu tukar background atau wujudkan akaun disqus di sini.
Di bahagian keempat : PAGES : sama seperti wordpress serta blogspot, boleh tambah page / halaman.
Di bahagian kelima : SERVICES :Jika mahu sebarkan / spread / publish / ping / kita punya entri/post di Facebook, twitter atau letak Rss feed.
Di bahagian keenam : COMMUNITY : Jika mahu orang balas entri yang kita tulis, atau mahu orang hantar /submit apa-apa, atau mahu orang bertanya, tanda/tick pada bahagian yang berkenaan .
Di bahagian ketujuh : ADVANCED : kita mahu satu page berapa post ? Kita mahu guna bahasa apa? Kita mahu tetapkan timing, inilah tempatnya.
P/S : Sekian sahaja tutorial tumblr kali ini. Jika ada persoalan , tanya di tumblr/formspring Anem !
Viewed 1163 times by 456 viewers














[...] UPDATE! : Tutorial tumblr part 2 : Customize it [click here] [...]