Seperti ramai juga calon SPM 2010 ketahui keputusan SPM korang akan keluar pada 23 Mac 2011 , semua boleh pergi mendapatkan keputusan masing-masing di sekolah. Namun calon persendirian akan mendapat melalui pos.
Menariknya, mulai tahun ini, keputusan SPM 2010 boleh disemak melalui sms . Keputusan ini boleh disemak mulai jam 10 pagi 23 Mac 2011 hingga jam 12 tengah malam 30 Mac 2011.
Contoh format semak keputusan SPM melalui SMS:
Taip:
SPM SEMAK [no KP] [Angka Giliran SPM] dan SMS kan ke 15888
Contoh: SMS SEMAK 900104086077 BC001A040 dan sms ke 15888
____________
Lepas SPM ni :
Jika bercadang mahu membuat Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2011/2012, Permohonan Kemasukan Politeknik Sesi Julai 2011, Permohonan Kursus Perguruan Lepas SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2011 atau Permohonan Program Ijazah Luar Negara (PILN) JPA dan MARA Lepasan SPM 2010 – boleh dapatkan maklumat lanjut di eputra.com
Nota : Bagi yang berminat menjejak kaki ke UIA pula, boleh klik di sini : Tetang Asasi dan UIA
Laman web/portal rasmi kementerian pelajaran Malaysia : [sini]
p/s: Mungkin tak lama lagi keputusan SPM akan dapat disemak melalui online pula, apapun semoga berjaya untuk adik-adik semua .
Kredit gambar : Beliamuda.com
Viewed 4363 times by 1316 viewers






![Klik untuk lebih jelas [zoom]](http://arnamee.com/blog/wp-content/plugins/lazy-load/images/1x1.trans.gif)







haha… ni mst ade yg dok atas katil,bukak mate sblh je check result,klu xbest, g tdo blk,klu best, melompat atas katil….
Tahu xpe kan :)
saya na masuk UIA………………….
boleh je dik masuk UIA :)