SAJAK: DARI QALBU

MUHASABAHFILLAH
Teman..
Di kala ini embun pagi menitis lagi
kau kulihat sepi
Seolah jiwa tiada hati,
Aku tiada qudrat untuk terus menyelami,
Hanya kulafazkan hembusan qudwah,
semoga kau bangkit membajai quwwah
Berpeganglah teman pada Kalamullah,
Al-Khaliq pesan supaya istiqamah
Kuyakin kamu tabah hadapi musibah,
kerana ia diturunkan untuk memuhasabah
Semoga kau dan aku terus mendamba ukhwahfillah
Ku pasti selalu doa, insyaallah.
Anem.Arnamee 2009
________________________________________________
Angkara dirimu. (H1N1)
Hari semalam,
ketidakhadiranmu tidak pernah diteladani
Hari ini,
kau berbisik menggegar kalbu kami
Kau mula mengusik saudara-mara kami seisi,
Kau beri tanda untuk dirasai,
Kau mampu buat kami lemah sendi,
Kau.. Pergilah dari sini,
Pelbagai manhaj kami selongkari,
Untuk kau nyah dan tak hadir lagi,
Dengan rasa raja’ , kami benci kau disini,
Kami iringi zikrullah di hati,
Kami pinta kami tabah melalui
Mendengar tentangmu diduniawi,
Jiwa mula khauf, kami akui kelemahan diri,
Jika diduga cara begini bertubi ,
Berbekal istiqamah, kami pohon ampun Ya Rabbi !
Anem.Arnamee 2009
P/s: Nukilanku masih kuat dipengaruhi Kak Fatimah Syarha, opss ;p
Viewed 3282 times by 1247 viewers











buat gurindam pula..
.-= meo188´s last blog ..Brader Luv kecewa lalu membunuh Si Bulat dengan ganas dan rakus =-.
sikit2 meo:D
byak perkataan puitis+islamic….nice…
Syukran adik syg:D
nice piece…
ade unsur2 Islamic as well
u’re art student or something? u got talent..
Alhamdulillah.
beginner freelancer. Thnks anyway :)
wah pandai berpuisi Islamik,berbakat rupanya cik anem ni
.-= muhammad fakhruddin´s last blog ..Teman,Tapi Mesra? =-.
Erm,sikit2 awak, alhamdulillah, skadar perkongsian :D
wah2 berpuisi pula dia..gud job
lpasni bleh wat lirik lagu^^
.-= zuan´s last blog ..Zikir =-.
insyaallah, harap demikian saudara:)
Sungguh puitis la bro….. dan ada mesej
Terima kasih.
alhamdulillah, sewajarnya:)
saya ‘sis ‘, saudara:)