
Sebuah laman web yang mahu ‘memperjuangkan ketelusan maklumat’, apabila Founder Wikileaks, iaitu Julian Assange yang sangat idealis, malah bercita-cita mahu menyampai mesej bahawa hanya kerajaan yang telus sahaja mampu menjadi kerajaan yang baik. ‘Ketelusan’ yang dicetuskan oleh Wikileaks telah berjaya mendedahkan banyak rahsia kerajaan Amerika serta telah sedikit terasa tempiasnya oleh kerajaan Malaysia apabila mendedahkan pandangan negara Singapura terhadap Malaysia. Keberaniannya mungkin menunjukkan kepada dunia, tiada perkara yang boleh di sembunyikan dalam media baru hari ini. Untuk terus telus dalam memperjuangkan hak asasi mungkin dilihat baik pada pandangan sesetengah aktivis, namun keburukannya, memungkinkan pertelagahan antara negara yang terlibat apabila banyak ‘rahsia hati’ didedah atau mungkin lebih besar membocorkan ‘kelemahan’ atau rahsia pertahanan sesebuah negara.
Julian Assange adalah pengasas Wikileaks, telah berusia 39 tahun dan berasal dari Townsville, Quensland, Australia. Seorang yang sangat suka membela golongan tertindas,peka pada sesuatu isu, seorang yang suka mengambil risiko dan mula membuat aktiviti menggodam komputer di usia 16 tahun, atas alasan suka-suka. Pernah bekerja sebagai Penyedia perkhidmatan internet awam, pengatur program komputer, pemaju perisian percuma serta pernah menjadi pembantu ahli akademik dalam aktiviti pengintipan maya. Namun disebabkan pendedahannya melalui wikileaks, beliau sering berpindah randah.
Baru-baru ini The Times telah meletakkan Julian Assange orang nombor dua yang menjadi pesaing Mark Zuckerberg, pengasas Facebook, untuk memenangi anugerah Person of the Year 2010.
+ Laman web wikileaks [mirror] .
+ Sumber lain: Metro Ahad + Mingguan Malaysia.
Viewed 726 times by 270 viewers













best sebenarnye jd penggodam ni kan .. hehe ~
yg paling suka dgn wikileaks ni pndedahan tntg kekejaman amerika,, yes !! akhirnyer,,
itulah, banyak terungkai