Pernah tak hati tu rasa sakit? Pernah tak ia di usik,sehingga terasa bagai disiat..atau paling tidak pun rasa bagai di jentik…?
Ikhlasnya, Anem bukannya jenis pendendam apatah lagi jenis manusia yang tak memaafkan orang. Berdosa begitu. Paling ditakuti jika ia berbalik pada Anem. Nauzubillahi minzalik…
“Siapa saja dikehendaki ALLAH menjadi baik, nescaya akan dia fahamkan tentang agama (Islam)”alhadith
Tapi Anem merasa betapa penipunya Anem pada diri Anem sendiri jika Anem kata Anem mampu melupakan semuanya.
Begini ceritanya:(diringkaskan demi kemaslahatan kami bersama)
kawan perempuan Anem, sms :
Anem lantas bergurau, “Apa ea, kesalahan Anem, nak tau, nak tau”
Anem dah mula keluh . “Burukkan? ya ALLAH, Anem puji-puji A lagi ada, bangga tau A jadi kawan Anem, “
KAWAN: “Sudahlah Anem, A dah tahu semuanya, dah tahu siapa Anem sebenarnya, tapi takpe A maafkan dah.”____________________________
*macam-macam Anem buat, nak berbaik dengan dia, entahlah.
………………………………………………………………………..
Ump.. Siapa tak sedih, kawan kita, yang kita sanjung depan belakang, yang kita tolong dikala dia susah senang , dengan mudah mempercayai kata orang ketiga atau dalang yang tak suka melihat persahabatan kami. Dia terima bulat-bulat kata orang lain, sehingga memadamkan 1001 kebaikan dan kenangan manis antara kami.
Cukuplah, Anem nak A tahu, Anem tak pernah kutuk A belakang-belakang, lebih baik Anem tegur A depan-depan, untuk kebaikan dunia akhirat A juga, buat apa baling batu sembunyi tangan, kan , lagipun kita kan kawan.
Anem ingat lagi kata-kata seorang pakar motivasi negara:
“Jika dah berabad-abad seseorang itu tidak mahu berhubung dengan kita, menjawab sms kita, fahamilah situasi mungkin dia sudah penat dengan kita dan tidak mahu lagi bersama kita, tiba masanya kita perlu mencari kawan baru, dan mungkin telah tiba waktunya persahabatan yang lama itu berakhir”.
Anem perlu berpijak di bumi nyata, dan redha. ^_@
Anem minta maaf sesungguhnya jika Anem ada tersilap kata, A..
p/s: Ump.. Anem masih lagi mencari si ‘dalang’ tu, jika dia baca blog Anem, ketahuilah, Anem doakan dia semoga kaya-raya:)







October 16, 2009 @ 8:44 pm.
spekah mangsa dan pemangsa sebenarnya…
kpd anem sabar rileks je tau..
smue ni mesti de sbb dan musabab nye..
[Reply]