Kes Malaysia Indonesia
Memang kecoh perkara ni, tipu kalau kata hati tak terkesan. Kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) masih meneruskan kempen anti-Malaysia diorang, NAK sweeping bagai. Diorang kalau boleh nak halau semua kita balik dari negara Indonesia tu. Wallahu’alam. Diorang tak penat ke,? Tahu, mungkin mereka terkesan dengan layanan sorang dua majikan , namun bukan semua rakyat Malaysia jahat, banyak lagi benda baik, kita pun taknak perkara tersebut berlaku, dan kita dah banyak berkongsi benda yang manfaat yang boleh kita pandang untuk meneruskan siraturrahim kerana ALLAH ni. Semoga ada sinar. Semoga boleh berbaik-baik, insyaallah, mari doakan. Dunia nak kiamat dah, penat je kalau gaduh pun.
“Sesungguhnya lelaki yang paling dibenci Allah ialah yang paling gigih dalam permusuhan.” (HR Bukhari dan Muslim).
Namewee : Wee Meng Chee yang tak pernah serik

Dari sudut muzik rekaan beliau, memang beliau ada jiwa seni yang kuat, kreatif , malah mempunyai improvement dari tahun ke tahun. Layan website dia untuk tahu lebih lanjut dia punya kepala macamana. Baru ni, kecoh dia cipta lagu khas untuk Siti Inshah, guru besar yang tiba-tiba meletup dengan apa yang diperkatakannya, rujuk sini- “back to China”. Beliau memang nampak jelas memperkatakan isu perkauman dengan contoh-contoh yang dilontar , namun, selebihnya kita sendirilah menilai. Jadi besederhana orangnya,jangan cepat melatah dan bawa lah istilah menang-menang bersama:,kalau boleh taknaklah ramai lagi macam mereka berdua ni , kitakan satu Malaysia.
TV3 tarik balik Iklan!
Masa iklan tu ditayang di televisyen, Anem tengok dengan pandangan yang berfikir-fikir.
Namun, esoknya, dah ramai perkatakan di internet dan surat khabar. Jejas aqidah kata mereka, dan bagi Anem, membawa sedikit mesej yang mengelirukan. Siapa yang tak sempat tengok?
Meh tengok.
Kes Datuk Sosilawati?

Tiba-tiba, Ladang Gadong, Tanjong Sepat di Banting popular.
Ini semua gara-gara pembunuhan kejam- jutawan kosmetik, Nouvelles Visages yang mula-mula dikata hilang – Datuk Sosilawati Lawiya, 47, pemandu beliau Kamaruddin Shansudin, 44, pegawai bank , Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.
Pembunuhan ini melibatkan culik, bunuh, bakar dan buang oleh 6 orang suspek yang dikatakan taksub dengan majikan mereka, iaitu suspek utama, seorang peguam bergelar datuk. Sehingga keluar artikel ini, DNA masih disiasat, dan dah jumpa gelang yang dikatakan bukti baru,polis masih mencari telefon peribadi milik Datuk Sosilawati pula.Wallahua’lam, serah kepada polis bagi menyelesaikan kes berpofail tinggi ini. Datuk merupakan ibu kepada 6 orang anak iaitu. Erni Dekritawati Yuliana, 25; Erwan Suwari Ridzuan, 24, Erni Erinawati Sofea, 21 tahun, Md Erwan Nasri, 23, Erni Reenilawati, 20, dan Siti Nur Fatimah, 13.
Rentetan dari awal kes ini , sehingga sekarang, baca di sini:
http://interceder.net/list/Datuk-Sosilawati
Beraya awal weh!
Ini kelakar! Sembilan anggota termasuk empat sekeluarga ditahan selepas diorang didapati menyambut Aidilfitri lebih awal di sebuah surau di Seriab 2 hari sebelum raya haritu. Menurut Abdul Malik Hussin (Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), diorang dipercayai membawa ajaran dari Dumai, Indonesia, ditahan selepas dikesan menunaikan solat Aidilfitri di surau berkenaan . Tak sabo bebeno pe. Ish2.
Pertukaran Ketua Polis Negara

Tan Sri Ismail Omar telah pun dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) yang baru, menggantikan Tan Sri Musa Hassan, mulai 13 Sept lalu. Manakala, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Hussin Ismail, 57, telah mengambil alih jawatan Timbalan KPN daripada Ismail, 57.
Biodata Tan Sri Ismail Omar, di sini:
http://galeripdrm.blogspot.com/2010/04/ketua-polis-negara-keenam-tan-sri-mohd.html
Ustazah dan anak dibunuh jiran

Mula-mula, Jirannya itu, seorang lelaki berumur 34 tahun, perdayakan ustazah tu,konon kunci tertinggal dan mahu memanjat masuk ke rumahnya melalui dapur mangsa.
Sebaik mangsa membuka pintu, lelaki itu terus menghentak kepalanya menggunakan siku. Anak mangsa yang menjerit apabila melihat kejadian itu, pula dipukul di kepala sehingga pengsan.Suspek kemudian mengikat tangan dan kaki kedua-dua mangsa, manakala mulut ditutup menggunakan pita pelekat dan kepala dibalut dengan kain sarung serta pakaian sebelum diletak di bawah air pancuran mandi menyebabkan mereka tidak dapat bernafas.- Ini yang diperkatakan oleh Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh kepada pihak media.
Jirannya itu, nakkan duit bagi membayar hutang.Namun selain membunuh dan menyamun, Polis juga tidak menolak kemungkinan Norliza Ishak, 35, turut dirogol manakala anaknya, Amirul Ayman Mohd Yusoff, diliwat sebelum itu. Dua beranak itu dikatakan dibunuh pada petang 2 September sebelum mayat mereka ditemui, kira-kira jam 10 pagi keesokannya oleh rakan Norliza. Ketika kejadian, suami mangsa berada di luar negara, manakala isteri dan dua anak suspek pula pulang ke kampung di Sabah.
p/s: Suspek didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.
Bakar Al-Quran
Siapa tak marah, bila seorang paderi dari Florida, Amerika Syarikat, Terry Jones merancang dan menyarankan pembakaran al-Quran pada 11 September lalu sebagai memperingati tragedi 9/11 dan bantahan terhadap pembinaan sebuah masjid berhampiran tapak bangunan berkembar Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York. Tapi tak jadi hasil desakan antarabangsa.
Namun, selepas tu, pihak lain pula berbuat demikian, seorang peguam, Alex Stewart yang mengisytiharkan dirinya tidak mempercayai kewujudan Tuhan bertindak biadab mengoyak halaman al-Quran dan Injil, lalu membakarnya serta dirakam dalam klip video sepanjang 12 minit.
Ini diikuti kejadian membakar al-Quran di Springfield, Tennessee, oleh paderi Bob Old dan Danny Allen, sempena 9/11.Di New York, seorang lelaki mengoyak al-Quran dan membakarnya dekat lokasi pembinaan Park51 .
Bo*doh!
P/s: Seronok melihat semangat jihad membuak-buak di kalangan sahabat-sahabat islamku :)
Pakistan Oh Pakistan

Mari bantu mereka yang dah ditipa banjir teruk yang sangat mengharukan.huhu.
Sumbangan untuk tabung ini boleh disalurkan melalui akaun Tabung Mangsa Banjir Pakistan Maybank di nombor 5640-9820-6365. Maklumat lanjut boleh diperoleh di laman web www.mra.my atau hubungi talian 03-2697-2007.
Lanjut:
Sekolah Harapan.
Mula-mula orang ramai gelar sekolah bersalin lah, sekolah mengandung lah. Mereka tenggelam dalam tujuan asal sekolah ini, iaitu untuk memberi perlindungan .Lima pelajar awal, berusia 16 dan 17 tahun termasuk seorang Cina menjadi kumpulan pertama mendaftar masuk ke Sekolah Harapan yang kini beroperasi di dua bangunan lama milik Syarikat Air Melaka Berhad yang diubah suai menjadi sekolah itu beserta sebuah asrama dijadikan pusat penginapan pelajar dikenali sebagai Rumah Harapan di bawah pengurusan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM). Paling menariknya, pasangan remaja-remaja terbabit juga akan dicari.Ini yang kita mahu.
Kemalangan jalan raya.

Sedih baca, bila Empat orang termasuk tiga beranak maut dalam keadaan rentung apabila kereta yang mereka naiki terbakar selepas merempuh belakang sebuah lori membawa muatan pasir di Kilometer 394, Lebuh raya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Ulu Bernam dekat sini semalam.Belum lagi baca, Sepasang remaja yang berkahwin Januari lalu,dan mempunyai seorang anak kecil, terkorban dalam kemalangan jalan raya di KM2.2 Jambatan Pulau Pinang di sini, malam Ahad.
P/S: Er…Ptptn pun tak gerak-gerak, janganlah ada hati nak memiliki Iphone 4 tu, Anem !
Viewed 847 times by 297 viewers













bagus2, ini yang kita mahukan, peka dgn isu2 semasa termasuk isu semasa dunia sekali :)
terima kasih saudara:)
[...] Salam. Ya, sudah dipenghujung tahun 2010. Kali ini mari kita imbas kembali kenangan lalu, dengan membaca coretan tentang segalanya di Malaysia. Awal-awal lagi Anem telah menulis mengenai perkembangan di Malaysia Part 1 [sini] dan Part 2 [ di sini] dan Isu Hangat Dunia kita [sini]. [...]