Beberapa rakan Anem ada bertanya kenapa Anem tak berkongsi teknik ambil gambar, cara edit gambar mahupun cara make up blog di sini? Di blog ini.

Dulu pernah juga Anem berkongsikan sedikit tips komputer di sini, tapi kini segala kalam Anem lebih kepada hal peribadi. Ea?

Baik. Ikhlasnya, jika persoalan itu lebih spesifik, insyaallah, tak dapat tidak Anem akan tampilkan menerusi ruangan ini. Namun jika sekadar satu, dua soalan, Anem lebih prefer untuk menjawabnya melalui emel , tak pun boleh layangkan di ‘ruang kita’ sebelah kiri itu.

Dengan izinNya, Anem boleh bantu, Anem akan jawab, pasti.

______________________


Erm, kali ni , buat mereka yang kekurangan masa, dan kurang rajin untuk klik pada button
FLICKR Anem yang beratur atas tu, Anem tampilkan beberapa gambar dari situ untuk dijamu mata.


“Dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah yang lain) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.”
[Surah al-Qasas, ayat 77]