Merancang Percutian Bermakna Bagi Yang Workaholic (Gila bekerja)

Nak cuti ke tak, ya? Nak cuti tapi rasa terlalu sibuk atau busy. Malah rasa sayang pula nak cuti. Kalau cuti nanti, macam tak cuti, diganggu atau jiwa sendiri tak selesa. Kerja memang banyak. Kalau cuti, banyak kerja tak siap lagi ,ish, apa kata luangkan seminit dua baca apa yang tertulis di bawah ni.
1. Rancang Cuti Anda
Tolong benarkan diri korang bercuti, untuk korang yang bekerja, bagilah sedikit ‘ganjaran’ pada diri korang yang penat itu. Tapi kalau dapat cuti manfaatkanlah bersama keluarga yang tersayang ke tempat yang mendamaikan.
2. Tetapkan Target cuti
Kena tetapkan tujuan cuti tu untuk dimanfaatkan ke program apa, bersama siapa, buat apa. Ini penting supaya cuti yang korang miliki tidak sia-sia.
3.Selesaikan tugasan sebelum bercuti.
Waktu kerja,kerja. Waktu cuti,cuti. Jadi sila selesaikan mana yang perlu supaya tidak terganggu kelak.
4. Tentukan Pengganti Anda.
Oh, ini penting supaya kepergian korang tidak menimbulkan syak wasangka perit mereka yang tidak dapat ‘enjoy’ okkay!Haha.
5. Lakukan sesuatu untuk menambah nilai kredit korang.
Eh!Ini bukan suruh topap ke apa, lebih kepada aktiviti atau hobi yang menambah kemahiran korang, yang korang boleh buat time cuti-cuti yang hening.
6.Manfaatkan percutian sebaiknya!
Tolong merdekakan diri dari temujanji dan panggilan telefon yang tak perlu dilayan.
7. Be happy!
Sila tegas untuk kata kepada diri dan orang lain korang perlu privacy dan ‘saya sedang bercuti!’
8.Muhasabah – hubungan dengan ALLAH dan keluarga.
Hah! Time ni lah boleh tengok balik prestasi kerja, hubungan dengan kawan kerja, dengan keluarga, dengan diri sendiri, paling penting dengan Tuhan, macamana.
Perbaiki diri.Jika kurang masa dengan keluarga dan tersayang,cuti ni, hargainya, seeloknya, tak tahu lagi bila cutikan,kan? Waktu ni juga boleh digunakan untuk menambah ibadah,ibadah sunat dan macam-macam lagi,owh!
9.Perancangan.
Ya!Boleh termenung dan berangan lama sikit time cuti ni, fikir apa nak buat lepas ni, yeah2! Supaya masa depan lebih indah dan terancang.
10. Kesimpulan.
Jadi, habis saja cuti, tulis atau fikirlah faedah yang korang dapat dari cuti ni,kan. Supaya jadi input time nak kerja balik dan akan menjadi panduan bila nak cuti lagi..
Sekian, selamat bercuti nanti ya! Hati-hati dijalan raya :-)
Terima kasih: majalah solusi
Viewed 7552 times by 2397 viewers











menarik..bakal i gunakan tips2 ni. thanks for sharing
Insyaallah,thnaks jugak:)