Siapa tidak mahu yang terbaik untuk diri? Dan siapa pula tidak mahu dicintai dan mencintai? Cuma, buat sang jejaka, janganlah usik hati ini sekadar untuk meninggalkan sedikit luka,darahnya tak banyak,tapi parut tetap ada..
Pernah suatu waktu hati Anem keras bagaikan kerikil, ada masa fikiran juga buntu apabila ada yang mengucapkan sayang,ermmh… lemas ketika ada yang cuba mendekati diri ini, apa lagi pada yang berbicara soal rindu…sehingga naik rasa jelik. Ramai rakan mencelah,ruang peluang itu ada Nem,tapi diri ini degil untuk mula meyelongkar..diri ini begitu memilih..
Memang,diakui sukar di hati nak bersarang cinta , payah nak menyulam sayang tapi kalau ada yang boleh membuktikan hati ini bukan kalis cinta, apa salahnya cuba memberi, bukan?
“Semoga kamu juga dicintai oleh ALLAH yang menjadikan kamu mencintaiku keranaNYA” (Riwayat Abu Daud dengan isnad sahih)
Teringat Iliana pesan, sampai bila nak duduk di antara garisan, sampai waktunya perlu juga membuat keputusan -^_@
p/s: Kak Cat ,pinjam hati , saya demam rindu, pada kamu.






October 14, 2009 @ 5:37 pm.
menanti jwpn d tgh2 ye..?
insyaAllah, yg t'baik tu ada, cm x nmpk. y lama tu pengajaran, y baru tu tauladan.
CINTA HAKIKI -
Jika kau mencintai bunga
Sedarlah engkau bunga itu ?kan layu
Jika kau cintakan manusia
Sedarlah suatu hari dia ?kan pergi
Jika kau mencintai harta
Harta itu nanti kau akan tinggalkan
Jika kau mencintai Ilahi
Hanya Dia yang akan kekal abadi
Cintailah Ilahi..
[Reply]