Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Andai kata kamu berangkat untuk mempelajari satu bab dari ilmu pengetahuan (yang membolehkan kamu mengenali Allah SWT), adalah lebih utama dari kamu melakukan solat sunat seratus rakaat.”
Salam.
Baik, kali ni Anem mahu berkongsikan sedikit tips mengambil gambar menggunakan handphone, kamera kompak (yang biasa) tu, dan buat orang yang baru memiliki DSLR mahupun yang ingin memiliki DSLR.









1) Kita kena tahu , kamera handphone tu dapat ambil gambar besar mana, jaraknya , tahu Mega Pixel (MP) nya, okke?
2) Tangan adalah tripod (tapak) kepada handphone tersebut, jadi kena tahu kawal “getar” pada tangan, kadangkala kerana teruja (jumpa selebriti atau melihat peristiwa bersejarah) depan mata, kawalan tangan jadi gigil, untuk elakkan kena pandai kawal keterujaan dalam hati , fokus untuk ‘mahu yang cantik’, dan fikir positif, insyaallah gambar taklah berdepan dengan tahap ‘goyang’ teramat.
3) Kena menghargai apa yang ada di sekeliling, Jika ambil gambar di rumah, belajar gunakan lampu, rajin selak tingkap untuk bagi cahaya semulajadi masuk, jika taknak guna lampu.Jika diluar rumah, manfaatkan cahaya matahari.Kemudian jika ada subjek cun ( ahli keluarga) atau model cute (macam kucing atau hamster), GUNAKAN .
4) Belajar konsep pantang, iaitu pantang berpeluang , ambil gambar sebanyak mungkin , dan senget-sengetkan handphone tu (main angel namanya), jika rajin guna props (bahan atau alatan di sesuatu tempat shoot), guna. Menyorok balik dedaunan ke, anda nak shoot dari atas kerusi, subjek tu dekat bawah ke, lakukan, cuba, cuba dan cuba.- ini adalah latihan sebelum guna kamera betul.
5) Akhir sekali, balik pada yang pertama, dah sedar tahap kemampuan kamera handphone seadanya, belajar tukar-tukar settingnya, main-main dengan teknologi itu.:)
contoh gambar dari hphone:
ini dari flickr anem
1) Setting kamera sila belajar untuk teroka, main-main, tolong jangan ‘takut rosak’ atau ‘takut salah tekan’, sedangkan kamera itu sendiri manusia yang cipta (Tapi kena hati-hatilah). Kena ambil tahu Digital zoom berapa (TAPI lebih baik jangan guna ;p), Pixel berapa, flash nya, then GUNA. Kalau suka shoot gambar makanan, wajib ada tripod neh (Maksudnya wajib kamera tu dalam kedudukan stabil supaya gambar lagi cun.)
2) Kena rajin, rajin untuk mengambil gambar dari pelbagai posisi dan pelbagai situasi, jangan kerana ada acara baru nak on kamera comel anda itu. tau!
3) Belajar main dengan jarak, jangan terlalu ikut tradisi subjek kena center dan perlu nampak dari kepala ke kaki, TIDAK. Cuba jadi kreatif.
4) Sekarang kamera kompak dah makin canggih, dah , apa tunggu lagi, pi shoot !;p
contoh dari kamera padat :
1) Dapatkan kamera yang best dan mampu kita beli , lepas tu kita kenalah tahu semua benda alah yang wujud kat kamera tu, tahu tapi kena guna jugalah, belajar.
r.2)Komposisi gambar :
3) Ambil banyak gambar, boleh belajar mula dengan lihat style orang, namun jangan asyik jadi copycat, cari pengenalan diri juga, ea.
4) Kawal warna, mahirkan diri dengan white balance. Vivid mode untuk warna paling menarik.Potrait mode pula akan dapatkan warna kulit asli.
5) Pencahayaan kena bagus, waktu cerah semulajadi memang akan memberi impak pada gambar. Jika blur, atau keadaan berkabus, naikkan exposure, jika malam pula guna night mode atau rear curtain flash. (Cuba gabungkan cahaya matahari (flare), rear curtain flare dan kelajuan shutter yang perlahan, kerana ia mampu memberikan impak yang cantik)
*Golden hour , moment yang sangat dinanti:)
6) Jika ambil gambar dekat, gunakan close up filter, selalulah bersihkan lens, Manakala jika subjek laju, gunakan continuous focus.
7) Akhir sekali, kena selalu bertanya, jangan malu dan cuba dan amalkan yang terbaik . Berikan hadiah untuk mata anda. Orang yang tidak ada DSLR amat mengidam benda tu, yang ada kenalah hargai sebaiknya.Kan?
contoh dslr:
____________________________________________________
Sebenarnya, cara pegang kamera dengan betul, jenis-jenis angle, dan banyak lagilah perlu kita tahu jika cerita tentang photography tips ni, how to shoot , Anem sendiri, masih belajar, berlatih , mencuba. Paling penting jika teringin nak jadi photographer yang baik ni kena rajin panjangkan kaki, ada inisiatif nak berfikir dan berani cabar diri, nak kelainan, jangan cepat puas, dan jangan mudah mengalah. Kalau orang kata gambar kita tak ok, atau kutuk-kutuk, sebenarnya ia adalah cabaran, ambil gambar bukan buat duit je, ia adalah seni dari hati, macam menulis juga.
P/S: Diriku hanya amatur. ^_@ Jika berlaku kewujudan maklumat yang salah dan longgar , sila menambah atau menegur . Opss.., Korang semua, ambil ambil gambar juga, sembahyang jangan tinggal ea:)
——————————
Entri asalan dari arnamee.blogspot, juga blogku, 40 komen terawal dibawah di import dari sana