Kita mulakan dengan entri tentang Yuna Zarai ni dulu : Tentang program TV beliau, minyak wangi Yuna dan album yang akan dipromosikan di UK kelak.
Program TV : Astro Hitz Yuna Inspired

Dibawakan oleh kyanite.tv, menurut pengarah program, Jojo Struys, terdapat 24 episod yang akan merakam kegiatan Yuna di Kuala Lumpur sehingga ke London dan Amerika Syarikat.
Yuna akan memulakan edisi ini ke London, dan New York bermula pada 14 feb 2011. Mula bersiaran / Starting on :Astro Hitz [Channel 705 ] : March 2011, isnin, rabu dan jumaat.
Setiap episod di TV akan disiarkan selama 15 minit manakala di Internet pula, selama lima minit dan peminat juga berpeluang untuk berinteraktif dengan Yuna.Kata Jojo, setiap minggu akan dipilih seorang pemenang yang berjaya menulis sebaris lirik yang menarik.
Link yuna inspired :
The official website | The Facebook | The twitter

yuna
“Saya akan meletakkan satu versi lagu dan akan meninggalkan satu ayat untuk dicipta oleh peminat yang boleh dihantar melalui laman sosial Facebook atau Twitter. Setiap minggu saya akan memuat naik satu versi dan para peminat boleh memberi cadangan sebagai inspirasi untuk saya menyiapkan lagu tersebut,” kata Yuna.
Jika lirik mereka dipilih, peminat Yuna berpeluang untuk memenangi hadiah mingguan antaranya hadiah istimewa dari Canon, sebuah gitar tajaan The Guitar Store yang akan ditandatanganinya, serta hadiah istimewa iaitu tiket konsert istimewa Yuna yang akan diadakan selepas tamatnya projek tersebut.Selain itu, mereka juga berpeluang untuk muncul dalam muzik video Yuna.
Semua ditaja oleh digi, co-sponsor MAS, astro hitz dan canon.
Minyak Wangi : Yuna Perfume
![yuna_perfume ;rough design [ just rough design / sketches ]](http://arnamee.com/blog/wp-content/plugins/lazy-load/images/1x1.trans.gif)
just rough design / sketches
Yuna kata idea ini asalnya idea suka-suka beliau dengan Wawa (pengurus peribadinya ), namun ia berjaya menarik perhatian sebuah syarikat kosmetik dari Jepun. Namun semua ini akan hanya berlaku setelah projek muzik ni selesai.
Menurut akhbar kosmo : Minyak wangi yuna yang masih belum dinamakan lagi itu akan dikeluarkan dalam dua versi iaitu yang menampilkan haruman gabungan bauan buah-buahan (fruity) dan gula-gula (candy) dan yang menggabungkan elemen bauan segar (fresh) dan sejuk (cool).
Album Yuna di UK
Dah sah under the FADER LABEL. US EP Decorate akan direlease pada 15 March nanti . [Akan diupdate lebih lanjut pada entri yang akan datang ].
Kepada semua peminat Yuna, teruskan memberi sokongan dan tunjukkan minat korang kepada beliau. Layangkanlah doa yang terbaik untuk kerjaya beliau. Terima kasih .
Viewed 5641 times by 1629 viewers













awesome. entry kak anem disimpn kat yuna inspired press. . .mcm best contes
Thanks dayah dear sebb sudi inform. memang contest ni sgt cool. jom join:)
[...] segala perkembangan beliau boleh di ketahui melalui Twitter dan Facebook . Siapa belum sertai Yunainspired , cepat ! dan, untuk Yuna All the best yoo abp nanti! Did you like this? Share [...]