
Salam. Ya, sudah dipenghujung tahun 2010. Kali ini mari kita imbas kembali kenangan lalu, dengan membaca coretan tentang segalanya di Malaysia. Awal-awal lagi Anem telah menulis mengenai perkembangan di Malaysia Part 1 [sini] dan Part 2 [ di sini] dan Isu Hangat Dunia kita [sini].
Pembunuhan dan Kematian

Kes Pembunuhan Sosilawati, serta kes pembunuhan siti mazni, dan ustazah serta anaknya yang menjadi tajuk berita utama di seluruh Malaysia.
Kes Pengantin Lari :
Noor Kalsom Mohd. Ali, 22 , dan terhangat Rozaliya Mat Lazim, 20, yang sanggup lari dan bersembunyi di Kuala Lumpur kerana terlalu tertekan akibat hatinya tidak dapat menerima tunangannya, Mohd Helmi Mohd Nor sebagai suami. Serta seorang lagi, Siti Sakinah Ismail. Tidak diketahui puncanya tetapi berdasarkan pengakuan keluarganya, dia anak yang baik dan tidak pula berdepan masalah dengan tunang atau keluarga sebelah tunangnnya.
Kemalangan Jalan Raya : Nahas Bas terburuk

Tragedi nahas bas persiaran di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai, Cameron Highlands. Akibat perlanggaran itu, 27 orang mangsa termasuk dua warga Malaysia, Omar Shahidan (pemandu bas), 48 dan Soontorn Kian (pemandu pelancong), 38, terkorban.
Kapal Mavi Marvara di tahan Israel

DALAM kejadian pukul 4.20 pagi 31 Mei lalu, kapal Mavi Marmara yang berada di perairan antarabangsa menghala ke Gaza dikepung dari segenap penjuru oleh tentera Israel. Kapal itu turut memuatkan lebih 500 sukarelawan Flotila Pembebasan Gaza.
Kapal yang itu dikepung oleh tiga helikopter, 19 bot dan lapan kapal laut tentera Israel. Seramai 12 rakyat Malaysia turut berada di dalam kapal Mavi Marmara. Antara rakyat Malaysia yang berada dalam kapal itu ialah wartawan dan jurukamera Astro Awani, Ashwad Ismail dan Shamsulkamal Abdul Latip.
Bencana Alam
Banjir Besar di Kedah Dan Perlis selain banjir di Pakistan dan bencana gunung Merapi di Indonesia
Filem kita Pecah Panggung !

Jangan Pandang Belakang Congkak 2 (RM4.23 juta)
Lagenda Budak Setan (RM4.28 juta)
Evolusi KL Drift 2 (RM5.67 juta)
Adnan Sempit (RM7.66 juta)
Ngangkung- ( RM8.15 juta.) arahan Ismail Bob Hasim.
+Hantu Kak Limah Balik Rumah arahan Mamat Khalid (RM6 juta) sejak ditayangkan pada 9 Disember lalu.Dan masih ditayangkan di 46 panggung wayang.
Perkahwinan .

Selain 10.10.10, Aida Aris [yang nikah bulan Ramadhan], Zizan Nin, Johan dengan Ozlyn Wati, Marion Conter [yang berkahwin dengan SM Nasarudin], Elyana, serta yang telah lama membujang, Zaibo, Harith Iskandar pun kahwin tahun ini juga, malahan pengakuan mengejutkan siti shariza atau eja, yang mengakui telah lama berkahwin.
Penceraian :
Ramai, antaranya Sein dan Nana, Sabrina Ali, Fiza Elite, Maya Karin, Anne Ngasri, Aida Khalida , paling mengejutkan adalah penceraian Raja Azura .
Mistik Siti Balqis.
Misteri kehilangan Siti Balqis Mohd Nor yang didakwa keluarganya konon disorok ‘Jin Islam’ di Gunung Jerai, Kedah, sejak Ahad lalu, terungkai selepas gadis itu ditemui polis di rumah keluarga seorang kenalannya di Kampung Batu 18, Ulu Klawang, Kuala Klawang, Negeri Sembilan.
Politik :
Suasana pemilihan dalam PKR, kemenangan Barisan Nasional di Dun Galas dan Dun Batu Sapi, kematian Adun Dun Tenang, perletakan Dato’ Seri Samy Vellu, serta perlantikan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai pengerusi felda.
Sukan:

Kehangatan Kelantan yang memenangi Piala Malaysia 2010, Sukan Komanwel 2010 di Delhi [12 pingat emas,10 perak dan 14 gangsa mengatasi sasaran awal iaitu cuma 10 Pingat emas sekaligus mengatasi pencapaian Malaysia di Sukan Komanwel Melbourne pada 2006], Sukan Asia 2010- Guangzhou [9 emas 18 perak dan 14 gangsa – menepati sasaran dan mengatasi pencapaian Doha 2006], serta Pasukan bola sepak Malaysia yang menjuarai Piala Suzuki AFF .
Anugerah
Shout awards dan Anugerah Skrin yang nampak menyerlah tahun ini. Manakala wujud pula kekecohan dalam keputusan Festival Filem Malaysiake 23.
Kekecohan
Bila Uncle Seekers ‘rancak’ menulis pendedahan cinta syhh nya dengan bekas permaisuri Agung, Aishah. Dan kes ini telah pun dibawa ke mahkamah. Fahrin mahu menyaman Linda Onn, serta kes Benjy yang ditahan atas kesalahan memiliki Dadah juga muncul antaraberita hangat tahun ini.
Rancangan Realiti:
Kehangatan dan kelainan Mari Menari, anda ada 60 saat, kamilah bintang, idolakecil 3, kawanku bintang coca-cola, adik-adikku, imam muda , akedemi alquran dan gadis melayu 3, serta pilih kasih.
Artis yang telah bertudung :

Farah AF 2, aida khalida [dulu dikenali sebagai aida radzwil atau aida rahim ], penghijrahan catriona ross, safura, anne ngasri, anne hotfm, ramlah ram, ainina ahmad b, farah bagaikan puteri, sheila rusly, nora, kartina aziz, lydiawati, aishah [ni lama dah ], serta terkini, noryn aziz.
Lain-lain : lihat sini : [mereka cantik bertudung]
Artis yang meninggal dunia 2010:

AHMAD C ( Lahir 1932 – 14 Januari 2010), LYANA SAMSUDIN - adik aktres Zarina Zainuddin (Lahir 1978 – 20 Januari 2010), DR. ANUAR NOR ARAI (Lahir 1943 – 21 Januari 2010), AHMADI HASSAN (Lahir 1947 – 17 Februari 2010), YANIE MENTOR (14 November 1985 – 21 Mac 2010), M.RAJOLI (26 Jan 1988 – 17 September 2010), YALAL CHIN (1943-16 Oktober 2010) , SHAMRIN Fotograf (1965 – 11 November 2010) , ACHIK SPIN (1 Julai 1982 – 17 April 2010), SITI ROHANI WAHID (Lahir 1957 – 11 Julai 2010) DIN BERAMBOI (22 Disember 1966 – 2 April 2010), M.RAFIEE (Lahir 1924 – 16 September 2010) , MARIAM MENADO (lahir 1935- 9 Ogos 2010), YUSOF CHONG (5 September 2010), TONY CASTELLO (1946-13 Disember 2010) atau nama Islamnya Mohd Nor Abdullah [pelakon Anakku Sazali] , serta artis luar negara, PARK YONG HA (August 12, 1977 – June 30, 2010).
Source : Artis yang pergi
_______
Rujukan : kl-today , Kosmo online dan bharian
Viewed 1546 times by 552 viewers













selamat tahun baru 2011
selamat tahun baru